Sunday, November 28, 2010

jangan bersedih....


hari ini..aku melihat dan mendengar banyak kesedihan...seorang sahabat pulang dari peperiksaan dengan kesedihan kerana soalannya terlalu sukar...aku simpati melihat dia..dia seorang yang pada aku cukup rajin untuk menelaah...aku mendoakan agar dia akan mendapat yang setimpal dengan usahanya...

petang tadi seorang lagi sahabat bercerita..tidak disangka pada hari berbahagianya ada insan yang bersedih hati, berduka lara...ceritanya ringkas..gadis ini mengenali tunangan sahabatku terlebih dahulu dan memendam rasa cinta terhadap lelaki tersebut..namun takdir Allah penentu segala..lelaki itu berkenalan dengan sahabatku..akhirnya mereka bertunangan..maka lara lah hati si gadis pemendam rasa cinta ini..dan kini sahabatku pula bersedih kerana merasa diri menjadi perampas..

wahai sahabat-sahabatku...janganlah kamu bersedih..kerana disisimu masih ada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..semoga dirimu semua sahabatku akan sentiasa di bawah payung rahmat dan limpah kurniaNya...kepada si gadis pemendam rasa semoga kamu tabah menghadapi ujian ini..dan semoga kamu akan mendapat jodoh yang lebih baik untuk mu kelak...amin