Friday, December 30, 2011

kagumku

Allah, aku mengagumi dia. Namun kagumku padanya tidak melebihi kagumku kepada-Mu Allah. Bahkan kekagumanku kepadanya menyebabkan aku lebih mengagumi-Mu Allah. Sesungguhnya Kau Maha Bijaksana yang mampu menciptakan ilham untuknya menulis bait-bait kata yang menenggelamkan aku dalam lautan seribu rasa. Pertemuan tanpa sua muka antara aku dan dia mengigatkan aku pada kebesaranMu Allah. Allah kau peliharalah dia dan makbulkanlah doanya. Amin.

Kersani dan kasturi. Kita bertemu tapi tak bersua muka.
Rindu! Bicara rindu tidak pernah lekang dari bibir. Rindu benar pada keluarga di kampung. Apa khabar kalian di sana? Sekalipun teknologi bisa menghubungkan kita namun aku tetap rindu. Rindu bermesra dengan kaum keluarga.

Rindu! Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat aku terhumban terlentang. Tempat lahirnya seorang aku sehingga menjadi seperti sekarang. Rindu, rindu, rindu.

Rindu! Aku menghitung hari untuk pulang. 

Wednesday, December 28, 2011

bintang dan tangan

Ingin ku gapai bintang di langit. Tapi sayang tangan tak sampai.

Dia bintang dan aku tangan. Bintang jauh di langit kelabu yang ingin dicapai banyak tangan. Sedangkan aku cuma tangan biasa yang terlindung dibalik banyak tangan itu. Aku tangan tanpa keistimewaan yang mampu menggoda bintang untuk kemari kearahku. Biarlah aku menjadi pemuja gelapmu bintang. Andai suatu hari tangan ini mampu menggapaimu, itu bermakna jodoh bintang dan tangan memang sudah ditakdirkan.   

Sunday, December 4, 2011

samar

Dalam kesamaran aku mencari yang pasti! Namun hingga ke saat ini aku masih teraba-raba bagaikan si buta kehilangan tongkatnya. Tetapi apa yang pasti, aku adalah manusia celik yang masih buntu mencari jawapan kepada persoalan yang pastinya menunggu untuk dijawab oleh aku!

Aku perlukan kekuatan untuk meneruskan pencarian ini. Semoga saja aku mampu untuk terus bertahan demi memenuhi dambaan ilmu yang sekian lama aku inginkan.

dan kini aku sedar, aku perlu terus BERJUANG!

Saturday, November 26, 2011

mencari

aku melihat
aku mendengar dan
aku mencari

aku mencari
sesuatu yang pasti
aku mencari
mudah-mudahan
aku ketemui

aku mencari
aku mencari dan
aku terus mencari

ya Allah
aku mahukan yang sama
seperti mereka

ya Allah
aku mahukan hidayahMu
aku mahukan petunjukMu
ya Allah
Kau pimpinlah aku!

semakin aku dewasa

galak jejari aku untuk mencoret disini. walhal terlalu banyak lagi kewajipan lain yang lebih mendesak untuk dilakukan. semenjak dua menjak ini terasa masa terlalu cepat meninggalkan aku. terlalu pantas ia berlalu tanpa memberi aku ruang untuk menghirup udara selesa. semakin aku dewasa, semakin aku sedar, banyak tanggungjawab yang menuntut waktu yang bukan sedikit!

Friday, November 25, 2011

aku jatuh cinta

manusia
inilah fitrahnya
jatuh cinta
kerana 
aku juga manusia
maka
aku juga jatuh cinta. 

Friday, March 11, 2011

ada apa dengan cinta?

Cinta... Sungguh sukar mentafsir makna cinta. setiap individu mempunyai tafsiran tersendiri terhadap cinta yang dirasai. biar apa pun tafsiran cinta, padaku biarlah cinta itu membawa kepada kebaikan dan kebahagian. Sedih melihat keadaan sekarang, kerana cinta manusia sanggup menggadaikan maruah. Kerana cinta manusia menjadi pembunuh. Kerana cinta juga ramai yang menjadi mangsa. Bahkan lebih menyedihkan lagi kerana cinta kepada manusia kita lupa kepada sang Pencipta. 
Cinta..sesungguhnya aku belum pernah mempunyai rasa cinta kepada yang bergelar lelaki. Rasa cinta yang ku punya sekarang hanya untuk diriku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan yang utama cintaku kepada Allah. biarlah rasa cintaku untuk yang bernama kekasih menjadi hak eksklusif. Hanya untuk yang benar-benar layak sahaja. Untuk yang benar-benar meyintaiku apa adanya. Untuk yang mencintai kelemahan dan kekuranganku. Untuk yang mampu menuntunku ke jalan yang lurus, jalan yang benar; jalan Allah. 
Cinta...aku melihat banyak hati yang bahagia. Cinta...aku melihat banyak juga hati yang kecewa.  

Saturday, February 26, 2011

miss

Alone in the small rooms
makes me afraid
Stuck in the small worlds
makes me lost senses
Alive in here
makes me wanna back
to hometown

My Dreams

I wanna be like a butterfly
can fly everywhere
fly without broken hearts
and tears.

I need someone to tell me
what is the right and
what is the wrong
helping me to find out my way
because I'll lost in my own dreams.

where's the sunshine
I need some light
to swept my tears away
and show me
the better dreams.
                                                                                                                                   Azuli MNor
                                                                                                                                                                               26/02/2011
                                                                                                                                                                                  13:59