Cinta... Sungguh sukar mentafsir makna cinta. setiap individu mempunyai tafsiran tersendiri terhadap cinta yang dirasai.  biar apa pun tafsiran cinta, padaku biarlah cinta itu membawa kepada  kebaikan dan kebahagian. Sedih melihat keadaan sekarang, kerana cinta  manusia sanggup menggadaikan maruah. Kerana cinta manusia menjadi  pembunuh. Kerana cinta juga ramai yang menjadi mangsa. Bahkan lebih  menyedihkan lagi kerana cinta kepada manusia kita lupa kepada sang  Pencipta. 
Cinta..sesungguhnya  aku belum pernah mempunyai rasa cinta kepada yang bergelar lelaki. Rasa  cinta yang ku punya sekarang hanya untuk diriku, keluargaku,  sahabat-sahabatku dan yang utama cintaku kepada Allah. biarlah rasa  cintaku untuk yang bernama kekasih menjadi hak eksklusif. Hanya untuk  yang benar-benar layak sahaja. Untuk yang benar-benar meyintaiku apa  adanya. Untuk yang mencintai kelemahan dan kekuranganku. Untuk yang  mampu menuntunku ke jalan yang lurus, jalan yang benar; jalan Allah. 
Cinta...aku melihat banyak hati yang bahagia. Cinta...aku melihat banyak juga hati yang kecewa.