Saturday, November 26, 2011

mencari

aku melihat
aku mendengar dan
aku mencari

aku mencari
sesuatu yang pasti
aku mencari
mudah-mudahan
aku ketemui

aku mencari
aku mencari dan
aku terus mencari

ya Allah
aku mahukan yang sama
seperti mereka

ya Allah
aku mahukan hidayahMu
aku mahukan petunjukMu
ya Allah
Kau pimpinlah aku!

semakin aku dewasa

galak jejari aku untuk mencoret disini. walhal terlalu banyak lagi kewajipan lain yang lebih mendesak untuk dilakukan. semenjak dua menjak ini terasa masa terlalu cepat meninggalkan aku. terlalu pantas ia berlalu tanpa memberi aku ruang untuk menghirup udara selesa. semakin aku dewasa, semakin aku sedar, banyak tanggungjawab yang menuntut waktu yang bukan sedikit!

Friday, November 25, 2011

aku jatuh cinta

manusia
inilah fitrahnya
jatuh cinta
kerana 
aku juga manusia
maka
aku juga jatuh cinta.